Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang kita semua tahu, pesta buku sering diadakan setiap tahun. Pada kali ini, PESTA BUKU UTARA 2016 telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. Pesta buku amat sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperolehi daripada hari-hari yang berlangsungnya pesta buku. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dari pesta buku ini lah kita dapat memupuk minat-minat membaca dikalangan anak-anak yang masih kecil. Mereka amat seronok apabila melihat buku-buku yang pelbagai warna dan corak, ini akan menyebabkan minat membaca dikalangan mereka bertambah.
Di Pesta Buku Utara 2016 ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman menarik. Antaranya ialah saya dapat melihat rata-rata ibu bapa rajin membawa anak-anaknya mengunjungi gerai-gerai yang disediakan di sepanjang laluan ke perpustakaan. Hal ini amat penting dan bagus dicontohi oleh ibu bapa lain untuk menanamkan sikap suka membaca dikalangan anak-anak mereka. Selain itu, saya juga dapat melihat pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia mencari pelbagai buku-buku rujukan dan bacaan di setiap gerai. Di pesta buku ini juga, terdapat pelbagai universiti yang menawarkan buku-buku antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya.
Akhir sekali, saya juga tidak melepaskan peluang yang ada dengan membeli buku untuk rujukan kerja kursus yang saya perlu siapkan dalam masa terdekat ini. Saya amat berharap pesta buku seperti ini akan diadakan lebih kerap lagi pada masa akan datang. Sesiapa yang belum merasai keseronokan pesta buku boleh lah mengunjunginya di masa akan datang. Sekian.

No comments:
Post a Comment